Sabtu, 7 Disember 2013

coReTaN bUat SMkA SiMpang LImA..


assalamualaikum semua,
thanz sebab sudi masuk blog aq yg x hebat mane nie..
aq pon dah lame x update..but arynie rase nak mengenang skit kenangan ngan korang..
sblom tuh aq nk korang lapangkan fikiran dulu supaya mesej yg aq nk sampaikan korang bleh serap dengan hati yang terbuka n ikhlas...first skali aq nk korang tau yang walaupun aq just skol kt s5 hanya 2 taon je but sebenarnya aq lagi bangga n seronok dari aq skol kat smkBS n starp dulu...aq bukan kate starp dulu x best but kenangan ngan korang aq rase mmg sangat100000x lebih buat aq rase seronok berbanding skol len..aq pon nak ambik kesempatan nk mintak maaf kt sume kawan2terutamanya dak2 yg aq selalu bahan2 mcm rafi,meon,sahy,husna razali,umai,n ramai lagi la...aq tau mulut aq nie mmg laser pon..but aq pon ade gak usaha nk ubah sikap buruk nie..aq sangat harap korang sume dapat kekalkan identiti islam n smka yer..aq harap btul yg korang dapat wat camtu...klo aq berjaya terdidik ngan bi'ah islam kt smka walaupun study 2 taon apatah lagi korang yg majoriti skol 5 taon kt s5...aq cakap jujur yang tarbiah smka cukup berjaya klo kita hayati btul2..aq sngt yakin yg korang boleh berubah...aq nk tengor skit eh..mase mlm jamuan kt d palma arytu,aq tengok ramai yg pakai tudung pendek n baju ketat + nipis klo perempuan klo laki plk  ramai yg pakai seluar ketat...aq bukan nk kate trus haram pakai camtu but sebagai seorang islam yg btul2 belajar selok belok islam dengan formal cm kita x sepatutnya kita berpakaian camtu...pakai camtu bukan tutup aurat but membalut aurat..klo pengetua kate kita kt luar kena jadi duta2 smka bagi aq kita kena jadi duta2 islam kt luar..aq yakin korang dh faham bende2 nie..sume dak masuk s5 memang gempak2 pon lebih2 lagi yg memang dri f1 dah masuk smka..aq harap sangat korang dapat ambik iktibar ape yg aq cube sampaikan nie...aq cakap bukan utk korang je but paling utama untuk diri aq sendiri...sbb manusia bleh baik dengan 2 perkara:1)takut melihat hukuman hudud dijalankan 2)rase cinta n suka kepada perkara yang berkaitan kepada islam..maksudnya klo kita jadikan islam sebagai perkara asas dlm setiap perlakuan n tingkah laku kita seperti cre berpakaian,cre bercakap,cre berjalan,cre bergaul,n mcm lagi...in sha allah kita adalah manusia yg baik...ingat nie walaupun kita berjaya secemerlang mane pon but klo xde dlm diri kita sikap ajak kepada makruf n cegah kepada mungkar...kita bukan org yg berjaya..mudah2an korang dapat ambik iktibar...aq dlm usaha nk buat montaj kenangan sepanjang aq ade at s5..nntie klo dh siap aq post dlm fb..aq nk korang tau yg aq mmg sayang skol simpang 5 (jiwang la plk)..hahahaha..k maaf klo ade tersalah bahasa dlm post nie..nntie klo ade mase aq post lagi luahan perasaan camnie ... in sha allah...ilalliqaq..

Rabu, 4 Disember 2013

penyakit hati perlu kepada ubatnya...

Sembahyang fardhu atau sunat
adalah ubat penyakit hati
yang berbagai-bagai jenisnya
Membaca Al Quran adalah pil
pengubat penyakit jiwa manusia
Penyakit manusia yang penuh dengan mazmumah
yang merupakan barah rohaniah
dan lain-lain penyakit rohani
yang membahayakan manusia
Penyakit ini akan menular ke anggota lahir manusia
yang merosakkan manusia lain pula

Zikir yang menjadi wirid
sejenis ubat rohani manusia juga
Kalau kena cara dan peraturannya
boleh menyembuhkan penyakit rohani manusia juga
Belajar ilmu yang tujuannya sama sahaja
Hendak membaiki penyakit batin manusia
yang berbagai jenisnya
Ada penyakit bakhil, tamak, pemarah, dengki,
dendam, riyak, ego, megah, ingin nama
sum’ah, cinta dunia dan lain-lainnya

Berfikir juga boleh mengubat penyakit rohani manusia
kalau kena caranya
Ini adalah jenis ubat yang bersifat maknawi dan rohani
Apa yang telah kita sebutkan tadi semuanya ubat
ia adalah ubat hati dan jiwa
Ubat nafsu yang sangat jahat yang liar dan rakus
gelojoh, sombong bodoh,
merangsang dan mendorong
Tegasnya berbagai-bagai bentuk ibadah
yang ada di dalam Islam
semuanya itu adalah ubat jiwa
Supaya manusia sembuh daripada
sebarang penyakit rohani yang merbahaya
Agar masyarakat berkasih sayang, bertimbang rasa
rasa bersama, bekerjasama, bahagia dan harmoni
Tapi ramai orang yang beribadah berbagai jenisnya
tidak pula menyembuh penyakit jiwa
atau hati mereka

Adakalanya makin banyak beribadah
semakin subur penyakit batin manusia
Semakin banyak beribadah, semakin cinta dunia
Semakin banyak beribadah, dengki dan pemarah
masih subur di dalam hati manusia
Semakin banyak beribadah, kasih sayang tidak ada
Bela-membela tidak pernah ada
di dalam kehidupan manusia
Rupanya ibadah manusia itu
tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Padahal Tuhan suruh beribadah tujuan berubat
menghilang mazmumah yang merbahaya

Kalau penyakit tidak sembuh
sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena
Ibadah yang tidak faham, tidak dihayati sampai ke jiwa
Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja
Ibadah bangkai bernyawa yang tidak memberi faedah
apa-apa kepada manusia
Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Tuhan tolak sahaja tidak dapat pahala apa-apa
Ibadah orang yang lalai,
untuk dimasukkan ke Neraka sahaja
Kerana beribadah tidak sampai matlamatnya

Sabtu, 19 Mac 2011

Sultan Muhammad Al Fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


Jumaat, 28 Januari 2011

9A's Menanti!!!!


Misi untuk mencapai keputusan 9A's sedang dilaksanakan...usaha tangga kejayaan...tiada kejayaan tanpa usaha..semoga misi tahun ini untuk menggapai keputusan 9A's tercapai...insyaallah....

Ahad, 26 Disember 2010

Hypertension

High blood pressure—also known as hypertension—is a condition that increases the risk for heart attack, stroke, kidney failure, coronary heart disease, and other serious health problems. Blood pressure is the force of blood pushing against the inside walls of arteries. The harder your heart pumps and the narrower your arteries are, the higher your blood pressure rises. Over time, the wear and tear caused by untreated high blood pressure can damage your blood vessels and vital organs.

About one in three adults in the United States has high blood pressure, according to the Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Yet, because high blood pressure itself usually has no symptoms, the CDC says 22 percent of those with the condition aren’t aware they have it. That’s why getting your blood pressure checked periodically is so important, even if you are feeling fine. Otherwise, you may not realize there is a problem until a complication arises—indicating that possible permanent damage may have already been done.

Fortunately, blood pressure is easily measured with a simple, noninvasive test Once you know you have high blood pressure, it can be treated with lifestyle changes and blood-pressure-lowering medication.

Types of High Blood Pressure
High blood pressure can be divided into two broad categories based on its cause.
Primary hypertension
Also called essential hypertension, primary hypertension has no clear-cut cause, although genetic and lifestyle risk factors increase the odds of developing it. This type of high blood pressure usually develops gradually over many years. From 90 to 95 percent of high blood pressure cases in adults fall into this category.
Secondary hypertension
Secondary hypertension is the direct result of another underlying health condition or a drug side effect. It often develops suddenly, and it sometimes causes higher blood pressure than does primary hypertension. Secondary hypertension accounts for the remaining five to 10 percent of high blood pressure cases in adults as well as most cases in children under ten years old. Secondary hypertension is broken down further into a number of types:
1.Renovascular hypertension
2.Hypertension secondary to other renal disorders
3.Hypertension secondary to endocrine disorders
4.Other secondary hypertension